Isnin, 11 Februari 2013

Berharap Biarlah Pada Tempatnya..

Assalamualaikum W.B.T....
lamanya x update blog...manusia..xkan lari dari kesibukan dunia...
hurm...hurm...nak bincang sal ape ye??...terlintas sesuatu di fikiran..'' BERHARAP''...
yes!!! its about hope...

lumrah seorang hamba..lahirnya dengan penuh pengharapan terhadap sesuatu...
lumrah seorang hamba..hidupnya dilingkari pengharapan yang menggunung tinggi..tp satu perkara yang sering kali dilupakan ialah pada siapa kita sepatutnya berharap..???

pada diri sendiri??..
pada orang lain??
atau
pada Allah S.W.T ???

tepuk dada tanya iman...:D

berharap pada diri sendiri itu wajib wujud dalam diri setiap insan kerdil seperti kita..menjalani hidup yang penuh onak dan cabaran...tapi jangan kita lupa untuk terus berharap pada Pencipta sekalian alam..
kenapa ya???
sebabnya sayang, Allah selalu merindui suara hambaNya memohon sesuatu dengan penuh pengharapan..meratap pertolongan Allah dengan cairan jernih disudut mata dan jiwa....


Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Telah berkata Malaikat Jibril AS: “Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah maksud dan hajat hamba-Mu si fulan … Maka Allah SWT menjawab: “Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya (yang selalu bermohon dan meratap kepada-Ku)”.





Hadis ini begitu dalam maknanya iaitu tentang hubungan sulit dan rahsia antara hamba dengan Allah SWT. Sesiapapun tidak berhak mengganggu-gugat kekuatan cinta keduanya. Disebabkan cinta manusia yang mengharap dan berdoa dan kerana rahmat-Nya juga Dia merindui ratapan dan rayuan si hamba...
Berharap pada manusia jawapannya ialah kecewa..
Berharap pada Allah jawapannya ialah bahagia..
tapi sayangnya...kita sebagai hamba..lebih memilih istilah PUTUS ASA daripada memilih untuk berharap dengan DOA...mengejar sesuatu dengan penuh harapan..tp lupa akan pergantungan harapan itu sepenuhnya pada Allah Azza Wajalla...
Tidak sedikitpun kerugian akan berlaku jika anda sering memanjatkan doa. Yang pasti, tiga janji akan Allah SWT berikan kepada mereka yang bersungguh-sungguh berdoa. Akan tetapi perlu diingat ada faktor-faktor yang boleh menjejaskan doa itu daripada dikabulkan oleh Allah SWT, iaitu:
1. Terburu-buru dan berputus asa.


Nabi SAW bersabda: Doa salah seorang daripada kamu akan diperkenankan oleh Allah asal saja seseorang itu tidak terburu-buru lalu ia mengatakan: Aku telah berdoa tetapi doaku belum diperkenankan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


2. Menggunakan rezeki dari sumber yang haram.


Nabi SAW bersabda dengan menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut rambutnya, berdebu badannya, mengangkat kedua tangannya ke atas langit sambil berdoa: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sedangkan makanannya dari harta yang haram, minumannya dari harta yang haram, pakaianannya dari harta yang haram dan mulutnya disuapkan makanan yang haram, maka bagaimana akan diperkenankan doanya?” (Hadis riwayat Muslim).

Teruskan berharap pada Allah..Dia yang mengatur segala yang ada di bumi..Teruskanlah meminta dan berharap kepada Allah kerana Ia tidak pernah menyalahi janjiNya. Yang perlu diingat ialah bukan anda yang memilih apa yang akan terjadi pada diri anda tetapi Allahlah yang berhak memilihkannya untuk anda. Begitu juga dengan persoalan bilakah masanya Allah akan mengabulkan doa anda itu? Ia adalah hak Allah semata-mata kerana Dia Maha Mengetahui masa yang paling sesuai dan baik untuk diberikannya apa yang anda minta daripada-Nya....

" unzur ila ma qala, wala tanzur ila man qala ''....

'' jom doa sayang, ALLAH rindukan suara kita.''
'' baiklah ibu..doa special untuk ibu..- 

'' Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.''


~sayang antumna~






Tiada ulasan:

Catat Ulasan