Isnin, 11 Februari 2013

LEGGING??? eksploitasi aurat wanita...

Assalamualaikum...alhamdulillah..masih diberi peluang merasai nikmat kehidupan yang indah ini..
masih diberi kesempatan untuk melalui onak dan cabaran hidup ynag penuh nur kasih syg dr-Nya...

legging???
legging???
macam pernah dengar je kan? or pernah pakai (di luar rumah) or pernah pakai gi jalan2...or gi kuliah???
cantik?seksi?memikat?menawan??
astaghfirullahal azim...bangkitlah hawa dari kelalaian ini..lihatlah dirimu berpakaian seperti ini...


legging - pakaian muslimah pada hari ini...


legging- satu bentuk eskploitasi aurat wanita


legging- mendedahkan segalanya tentang wanita


legging- bukti kejayaan kafir yg mampu mempengaruhi kaum muslimah

sedih bila diperhatikan ramai kaum seagama terus lalai dengan pujukan duniawi..teringat satu peristiwa di pasaraya..seorang ibu memakai legging..tetapi si comel memakai baju kurung..sungguh comel dan ceria apabila dipandang...semasa aku memilih-milih pakaian di sebelah ibu manis tersebut...aku terdengar akan perbualan mereke...

'' ibu, baju kurung tu cantik...adik nak boleh...?''
'' boleh sayang, kita yang perempuan ni kena tutup aurat..nanti kena bakar dengan api..''
'' ye ke ibu???...takutnya adik''
'' ye sayang, so kena tutup aurat..baru cantik berseri..''

Ya Allah, mulianya hati si ibu apabila menasihati anaknya tentang aurat..tapi kesilapan beliau di sini adalah pemakaian si ibu...ibu memakai legging..rasa-rasa bila si comel tu dah besar panjang, dia akan pakai baju kurung x?? or akan pakai legging cam ibu dia??..

'' anak- anak ibarat kain putih, ibu dan bapa yang akan mencorakkannya''....



aku jamin 100%..si comel tu akan ikut cam ibu dia...inilah silap wanita..yang sering lupa akan peringatan dalam al-Quran..surah An-Nur..ayat  31...

“ Dan katakanlah ( wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman : hendaklah mereka menahan( sebahagian) daripada pandangan mereka ( daripada memandang lelaki yang ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka , dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka , kecuali yang ( biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka , dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka , atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka , atau putera-putera saudara perempuan mereka , atau wanita-wanita Islam , atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan ( terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan . Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan . Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , hai oang-orang yang beriman, supaya kamu mencapai falah, yakni mendapat keuntungan , kemenangan atau kebahgiaan yang hakiki .” ( surah An-Nur ayat 31)


Inilah kandungan ayat 21 dari surah an-Nur..bagi mereka yang belum mengetahui tentang aurat..belajarlah..galilah ilmu Allah sedalam-dalamnya..mungkin bagi sesetengah muslimah, memakai legging itu dikira tutup aurat..tapi sebenarnya tidak...Allah menyeru kita berpakaian longgar..tidak menampakkan susuk tubuh..tanpa kita ketahui...setiap genap tubuh kaum hawa itu adalah nikmat bagi kaum Adam...sekiranya kita lalai menjaganya, ibarat kita seperti menyajikan kaum Adam dengan nikmat indah kurnian Illahi..nikmat indah ini hanyalah untuk seorang Adam yang halal dan terpilih buat kita..

Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: 

(1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). 

(2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (HR Muslim)


 hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi..

 "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias". 

BANGKITLAH hawa...jadikan hidup ini penuh kebahagian dalam rahmatNya..ketahuilah kejadian hawa di bumi bukan bersahaja..tetapi ada kekuatannya disebalik insan bernama HAWA....

'' legging bukan menjamin kebahagian, tetapi kesengsaraan..
  legging bukan menjamin kemuliaan, tetapi kehinaan...''

-Kita yang mengawal segalanya,,tapi kenapa biarkan nafsu menguasai diri??...-

sekian dari saya...

'muslimah sejati itu idaman kaum Adam yang akan memimpinmu ke syurga..'


- longgar- manis dipandang..-


- LETS ..say ' NO' to legging -
(public's wear)












Tiada ulasan:

Catat Ulasan