Jumaat, 4 Januari 2013

Marah?? Sabar sayang...:)

Huhu..dah abis satu paper final exam hari ni..so, malam ni,,cam sunyi..hmm..nak cakap sal topik apa ek??...teringat satu perbualan dengan sahabat tentang marah...marah..marah..
bila cerita bab marah, mesti semua orang dalam dunia ni pernah marah..kn?kn?..
confirm pernah marah..

''wei, aku marah org tadi ''...
''puas hati marah org!!''
''cari pasal sgt, rasa la penangan marah aku''..

macam-macam pasal marah..marah ni satu perasaan yang datang secara tiba-tiba,..ada je pape yang berlaku yang boleh timbulkan rasa marah..mesti terus rasa membara...bijaknya manusia apabila mampu mengawal perasaan marah..betol x?..tepuk dada,tanya hati..


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah 
wasiat padaku."Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali 
tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)..

hah! nampak x??.. Rasulullah sendiri bersabda '' JANGAN MARAH ''....*berfikir sejenak*...


Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah:
(a) Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda'. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.
(b) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar'ie dan berhikmah.
(c) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W  tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.


Allah S.W.T. juga berfirman..

Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan 

orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah 

mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)

hehhe...bestkan kalu tahan marah??..Allah sayang beb!!...inginkan cinta Allah?? just relax yourself and calm down...mungkin bagi sesetengah orang susah...tp cuba la menahan sabar yerk!! besar ganjaran yang kita akan dapat..:)

Rasulullah pun pernah ajar cara nak hilangkan rasa marah..cikgu, mak dan ayah pun mesti pernah ajarkan??..
Baginda pernah bersabda :

Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, 

agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.

 (Hadis riwayat Abu Daud)

Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan 

sebahagian ulama yang lain menghasankannya)


nak jadi terbaikkan??..jom tahan marah...banyakkan beristighfar dalam hati..mengingati Allah itu lebih baik dan boleh la baca dia kat atas tuu.....:)
Islam itu indah..jgn lupa yerk!!...Allah dah sediakan macam-macam ganjaran untuk orang yang berjaya lawan perasaan marah..percaya x??...kena percaya!!..

Hasan al-Basri pernah berkata: 
Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah 
memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa 
yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan 
kemarahan.”.





dah nampakkan apa itu marah yang sebenar??..harap sedikit coretan kat atas tu dapat membuka minda kita..jangan marah,,jangan marah,,..tp SENYUM!!!!...heheh..jangan biarkan syaitan mengawal kita..membuak-buakkan lagi rasa marah...orang yang berkehendak dengan hasutan syaitan tu..Allah x suka....kita adalah kita...kawal marah yerk!!!...dont angry, but smile and remember Allah..!!...


sekian...

=PNC=











Tiada ulasan:

Catat Ulasan