Selasa, 1 Januari 2013

...Muslimah Solehah...



Muslimah Solehah??...tertanya-tanya di dalam diri..moga ada secebis perubahan dalam diri ini dan antumna semua...^_^

Muslimah solehah itu bukannya diukur dari paras rupa yang menawan..bukan dinilai dari cerahnya kulit..bukan dipandang dari lenggok jalannya..
Muslimah solehah itu dilihat dari tutur bicaranya..lembutnya menutur kata agar tidak mengguris hati pendengar...
Muslimah solehah punyai sifat penyayang yang meninggi..menyayangi kaum kerabatnya, menyayangi saudara seagamanya...dan yang paling mulia menyayangi agamanya..dialah yang melabuhkan cintaNya kepada Allah dan Rasulullah melebihi segalanya yang ada di dunia..


Muslimah solehah itu menjaga pandangannya, menjaga hatinya dan menjaga dirinya daripada dicemari unsur yang mengjauhkan dirinya dari kasih Allah..
Muslimah solehah itu seorang yang tidak lekang zikir di bibirnya..sentiasa basah dengan zikrullah...mengingati Allah, merindui Rasulullah ...Dialah yang punyai perasaan malu..malu melakukan kemungkaran...malu mengadap Ya Rabb dengan penuh dosa..malu mencemari agamanya...



Haram baginya mempamerkan auratnya di hadapan kaum ajnabi..aurat yang kian lama dijaga hanya untuk bakal suami..haram baginya melunakkan suara ketika berbicara dengan Adam..baginya, suara yang lunak hanya ketika berbual mesra bersama seseorang yang halal untuknya...taat pada perintah suaminya...menyempurnakan tugasnya sebagai isteri dengan penuh kasih sayang...dengan penuh rasa hormat..'' suamiku, syurgaku di bawah tapak kakimu,,redhai aku..supaya keredhaan Allah turut memayungiku..''



''lembut muslimah kerana senyumannya
cekal muslimah kerana patuhnya,
patuh muslimah kerana kesetiaannya,
sabar muslimah kerana imannya,
kasih muslimah kerana belaiannya,
lemah muslimah kerana air matanya,
ikhlas muslimah kerana simpatinya,
pendam muslimah kerana cemburunya,
sayang muslimah kerana keibuannya,
tanpa muslimah, lelaki menjadi lemah,
kerana muslimah jualah, lelaki menjadi kalah...''



inilah dinamakan muslimah solehah..semoga kita tergolong dalam golongan ini...
_Pencinta Illahi, Perindu syahid sejati_
Barakallah...

(PNC)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan